Saturday 18 June 2016

Doa

13 Ramadhan 1437H 18 Jun 2016M السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم Doa agar terhindar dari azab kubur اللهم إني أعوذبك من عذاب جهنم ومن عذاب القبرومن فتنة المحبا والممات ومن شر فتنة المسيح الدجال "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati,serta dari bencana al-Masih ad-Dajjal". (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)  Makna Kalimah: 1. Kata جهنم adalah salah satu nama neraka atau nama tingkatan dari neraka. Dinamakan demikian kerana kemalaman dan kegelapannya. 2. Kata فتنة adalah kata untuk mengungkapkan ujian dan bencana dalam kehidupan dan kematian seseorang. Dan yang dimaksud fitnah kehidupan adalah segala yang menimpa manusia selama hidupnya berupa bencana dunia, petaka syahwat,dan kebodohan. Yang paling besar adalah sebagaimana akhir kehidupannya (tatkala mati, husnul Khatimah atau su'ul khatimah).  3. Kata الميح berasal dari kata ميح yang bererti menghapus atau mengusap. Kenapa Dajjal dinamakan al-Masih? Kerana di manapun ia berada akan menghapus segala kebaikan. Ada yang mengatakan kerana salah satu matanya buta. Ada juga yang mengatakan, semua negeri akan dimasuki oleh Dajjal kecuali dua kota suci, iaitu Makkah dan Madinah. (Taudhihul Ahkam dan Subulus Salam)  1. Hadith ini sebagai dalil akan tetapnya azab kubur, demikian juga nikmat kubur. Ini merupakan akidah Ahlus Sunnah berdasarkan Al-Quran dan Hadith yang sampai pada darjat mutawatir.  (Syarah Aqidah At-Thahawiyah)  2. Para ulama menjelaskan, bahawa azab kubur terbagi menjadi dua: a. Azab yang selamanya hingga hari kiamat. Sebagaimana azab yang diberikan pada Fir'aun dan pengikutnya. (Ghafir: 46) b. Azab sementara. Diseksa sesuai dengan kadar perbuatan dosanya. Azab ini diberikan kepada sebahagian pelaku dosa yang ringan dosanya. (Syarah Aqidah At-Thahawiyah) 3. Ibnu Taimiyyah rahimahullah tatkala di tanya, apakah nikmat dan azab kubur itu terjadi pada jasad dan ruh atau ruh saja tanpa jasad. Beliau menjelaskan, bahawa nikmat dan azab kubur itu terjadi pada jasad dan ruh dengan kesepakatan Ahlus Sunnah.  (Majmu' Fatawa)  4. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah menjelaskan bahawa hal-hal yang menyebabkan seksa kubur terbagi memjadi dua; a. Secara umum seseorang akan di azab kerana kebodohannya, tidak mahu mentaati Allah dan melanggar berbagai larangan-Nya. b. Banyak hadith yang menjelaskan tentangnya, di antaranya:  * Tidak menjaga air kencing  * Namimah (mengadu domba)  * Solat tanpa bersuci  * Pendusta *Orang yang membaca Al-Quran pada malamnya namun ia tidak mengamalkannya pada siang harinya * Zina  * Saksi palsu  * Makan harta riba  * Mengajak kepada perkara bidaah * Berkata atas Allah dan RasulNya tanpa ilmu 5. Hal-hal yang boleh menyelamatkan seseorang dari azab kubur diantaranya: a. Menjauhi hal-hal yang boleh menyebabkan azab kubur b. Ritbath (menjaga keamanan kaum muslimin di perbatasan) di jalan Allah c. Mati syahid d. Senantiasa membaca surah al-Mulk dan mengamalkan kandungannya. e. Senantiasa berdoa dengan doa di atas setelah tasyahud akhir sebelum salam tatkala solat.  Justeru, perbanyakkanlah amalan kita dan jauhi perkara yang boleh menyebabkan seksaan kubur.

As Salam